Monday 4 January 2016

New Year Goals ???

Assalamualaikum..

korg smue mesti tiap kali msok taon bru smue pasang azam utk taon tuu.. nk capai itu lah ini lah.. tp bg aq, aq x pnah sklipon set pape azam sbb aq twu mmg xkan jlnnye.. haha.. hmm nk kate impian pon bleh nk kate target pon bleh sbb bnde yg aq nk tu x spesifik sbnrnye.. ap yg aq harapkan setiap kali dtnye taon bru ialah ap je bnde yg aq buat aq nk berjaye, improve hidup aq dr smue aspek n yg paling penting nk banggekan kedue org tue aq.. klau tgk pade member2 skola aq, bleh d katekan 3-4 org drpd dorg dah pon bls balek jasa mak ayah dorg.. tu x kire lg ad yg da berumahtangga.. aq nie umo pon da meningkat tp still dok bergantung ngn family.. study pon x abes lg.. entah bile la aq dpt balas balek jase dorg tuu.. harap2 pnjg la umo aq utk balas balek.. aq caye smue org niat cm tu kt dlm diri sndri.. nk balas balek segale jase org tue kite kannn... cume dpt atau x tu je yg kite x twu.. sempat atau x.. kite x twu spe yg akan pegi dulu.. so klau ad kesempatan tu balas la mne yg mampu.. so tu je lah bnde yg nk d sembangkan.. sekian..

Insan Yang Aku Kagumi

Assalamualaikum...

kali nie aq nk share sket psl insan yg aq kagumi, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.. die nie sbnrnye byk berjasa kt negara nie tp name die jarang2 skli kite dpt dgr kt media elektronik.. hmm nk cite byk pon x gune meh usha psl Tan Sri nie..


Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.

Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.


Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.


Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Sumber: Wikipedia Melayu

Latarbelakang Ringkas Syed Mokhtar


Tahun lahir : 1951
Pendidikan: SPM
Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan: RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta: Proton Perdana

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Sumbangan sosial
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?

Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Rakan Seperjuangan...

Assalamualaikum..

kali nie aq nk story mory psl classmate aq.. kitorg ad name yg special.. Inseparable Triplet.. classmate aq xde lah ramai mcm classmate korg smue.. aslnye kitorg ber4 tp sudah suratan takdir tinggal lah kami ber3 + 1 supersenior... yg paling tue skli dlm class aq nie jgk yg merangkap sbgai leader ialah abg shahreel.. die da berumahtangge n umo die pon jaoh beza ngn classmate aq yg laen.. so die nie mmg matang laa... byk bnde la yg die ajar kt aq.. kitorg selalu gak la bertukar pendapat2 yg bernas n x bernas.. haha.. hmm sorg lg classmate aq nie namenye atie.. die nie sebaya ngn aq.. tp klau tgk dr segi fizikal, fuhhh org mesti x caye.. haha.. die nie pendek giler.. selalu je kne buli ngn aq n abg n kwn2 aq yg laen.. tp jujur la aq ckp klau xde dorg aq rase aq x mampu nk survive dr sem 1 sampailah ke sem 6 nie... dorg byk tlg aq... hanye tuhan je yg mampu blas ap kebaikan yg dorg dah buat utk aq.. kitorg ber3 klau dah dudok skli mmg jahanam la dunie.. pantang 6pak yg pelik2 sket mesti nk bahan (kutuk) hahaha.. selalunye yg open aq lah.. sbb dlm class nie aq d gelar firaun.. kihkihkih.. hmm rase sedih tu mmg xleh nk elek sbb mmg fitrah manusia.. setiap pertemuan pasti akan ad perpisahan.. kitorg pon dah x lame lg nk bersame.. ad lebih kurang 3 minggu lg je pastu masing2 da praktikal.. mmg akan terkenang la nty segale bnde2 yg kitorg dah lalui bersame sejak dr sem 1 lg.. aq harap ukhwah yg terjalin nie akan kekal lah sampai bile2.. sayang korg XOXO.. sekian..


Terumbang Ambing Bagai Dilanda Badai..

Assalamualaikum..

hmm begitulah situasi yg sdg aq hadapi skang nie.. nk2 lg nie minggu last d sem yg terakhir nie.. segale bnde perlu aq siapkan sblom tibanya final exam.. demmm ! barai mmg xyah ckp la.. hari2 barai + tension dgn subject x phm2 dgn hal praktikal lg dgn assignment yg menimbun lg.. pehhh rase nk gugur peranakan weyh.. haha.. tp ap bleh buat.. sndri punye silap.. awal2 sem dok rilek goyang kaki.. haaa dah last minit cm nie bru terhegeh2 nk buat.. tp biase laa.. name pon student kannn... awal2 enjoy katak.. last minit mati katak.. wakakakakaka... hmm tp dlm gelak2 aq sbnrnye risau gak.. takot2 kne repeat je paper maths.. ohhh tuhan tlg lah daku.. hmm :'( ap yg aq harapkan x byk pon.. ckup lah lepas pointer last sem nie utk aq nk sambong degree.. tlg la jgn repeat2.. x larat ooo nk dok hutan nie lg... ap pon yg kite lakukan usaha doa n tawakal tu kne ad.. doakan aq berjaye taw... sekian..


Mat Terap !!!

Assalamualaikum..

kali nie aq nk share psl Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pulak.. sbb ap aq share ialah sbb nie lah cita2 aq.. in sha allah klau ad rezeki mmg aq join army service nie.. korg doakanlah aq erk.. ok jom kite tgk 1 persatu...

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah sebuah organisasi yang berfungsi dan bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. 

Di Malaysia terdapat tiga cabang utama dalam Organisasi ATM iaitu Tentera Darat (TDM), Tentera Laut (TLDM) dan Tentera Udara (TUDM)

Ketiga-tiga cabang dalam Organisasi ATM diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT). PAT ini berpangkat Jeneral (TDM), Laksamana (TLDM) dan Jeneral (TUDM). PAT mentadbir ATM dengan dibantu oleh Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP) iaitu :
  • Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan - Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP)
  • Ketua Staf Markas ATM - Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM)
  • Panglima Angkatan Bersama - Markas Angkatan Bersama (MK AB)
  • Panglima Tentera Darat (Pangkat - Jeneral) - Markas Tentera Darat (MK TD)
  • Panglima Tentera Laut (Pangkat - Laksamana) - Markas Tentera Laut (MK TL)
  • Panglima Tentera Udara (Pangkat - Jeneral) - Markas Tentera Udara (MK TU) 
Manakala Pemerintah Tertinggi bagi ATM pula disandang oleh Yang Di Pertuan Agung dengan Pangkat Fil Marsyal (TDM), Laksamana Armada (TUDM) dan Marsyal (TUDM)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - TDM
Tentera Darat DiRaja Malaysia (TDM)
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - TLDM
Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - TUDM
Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)

Berikut adalah susunan penuh Jawatan atau Pangkat dan Lencana Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM)





Kolonel Yang Dipertua

Selain dari itu Jawatan Kolonel Yang Dipertua dalam sesuatu Rejimen ataupun Kor ATM juga diwujudkan dan disandang oleh Raja-Raja Melayu. Kolonel Yang Dipertua adalah satu tugas khusus keatas semua rejimen atau kor dalam ATM yang telah mendapat panji panji diraja termasuk TLDM dan TUDM.

Berikut adalah senarai Kolonel Yang Dipertua di Malaysia:
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Perkhidmatan Diraja dan Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) - Sultan Kedah
  • Kolonel Kehormat Tentera Udara Diraja Malaysia - Sultan Pahang
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja dan Kolonel Rejimen Askar Jurutera Diraja - Sultan Perak
  • Kolonel Yang Dipertua Kor. Ordnans DiRaja dan Kolonel Yang Dipertua Kor. Armor Diraja - Sultan Terengganu
  • Kolonel Yang Dipertua Kor Polis Tentera Diraja dan Kolonel Yang Dipertua Rejimen Kor Renjer Diraja - Raja Perlis
  • Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia - Sultan Selangor
  • Kolonel Yang Dipertua Rejimen Semboyan Diraja dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
  • Kolonel Yang Dipertua Rejimen Artileri Diraja dan Kor Risik Diraja - Sultan Kelantan
  • Kolonel Kehormat Rejimen Grup Gerak Khas (GGK) - Sultan Johor

so itu jelah yg dpt aq share ngn korg.. so pas nie klau korg terserempak dgn anggota2 nie korg bleh twu la pangkat die ap.. tp pegawai jelah.. semoga informasi ringkas nie dpt memberi manfaat n pengetahuan buat korg smua dlm mengenali jawatan n pangkat dalam organisasi & pentadbiran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).. sekian..








RARE !!!

Assalamualaikum..

hari nie aq nk share ngn korg psl something yg " rare " bg aq.. hmm kristal..

Rembau Kristal Sdn. Bhd.

2 disember ritu aq ngn bdk2 kos aq n 4 org lecturer kitorg ad buat lawatan sambil bljr ke kilang Yakult kt seremban n Rembau Kristal kt Rembau.. due2 tmpt nie kt Negeri Sembilan je.. jarak antare ke due2 tmpt nie xlah jaoh mne.. sejam setgh je.. tp bergantong pd driver la.. ok x nk sembang byk.. nie aq share sket psl Rembau Kristal nie.. ad gmbr2 tu korg bleh la belek2 erk...

Rembau Crystal Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 06 Jun 2007. Penubuhan ini adalah berdasarkan perkongsian syer di antara Yayasan Negeri Sembilan dan Syarikat HM Crystal Sdn. Bhd.
Penubuhan syarikat ini adalah bertujuan untuk mengkomersialkan lagi produk kristal dengan mempelbagaikan pengeluaran berasaskan produk tersebut. Di samping itu, penubuhan syarikat ini juga mengambil kira saranan kerajaan dimana slogan "satu daerah satu industri" menjadi ilham kepada penubuhan syarikat ini. Selain daripada pembuatan kaca dan kristal, syarikat ini juga bakal menjadi salah satu destinasi perlancongan di daerah Rembau dan Negeri Sembilan secara amnya.


Produk Rembau Crystal

Barangan serta produk yang akan dan telah dikeluarkan adalah merupakan barangan yang berbentuk kristal. Antaranya merupakan lampu hiasan kristal, barangan cenderamata atau hadiah, pinggan mangkuk, perhiasan dan pelbagai lagi.
   
 

so amacam, lawa x..? nie smue hasil tgn anak2 mude Malaysia.. dorg nie kebanyakannye dr golongan yg tercicir dlm pendidikan.. tp dgn minat n dorongan dorg mampu utk menghasilkan kraftangan nie.. bkn senang taw nk bentuk bnde2 nie.. amek mase setaon gak la dorg nk menguasai kemahiran nie.. hmm k lah rasenye ckop la kot cite psl kristal nie.. klau korg rase nk twu ngn lebih lanjut psl Rembau Kristal nie kt bwh aq ad letak alamatnye.. sekian..

Rembau Crystal Sdn. Bhd.
Lot 1432, Kompleks Perkampungan Kristal,
Jalan Kampung Mulia,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan
No Tel: 06-6853100 / 6855100
No. Faks: 06-6854100